Tajuk 4:
PENGURUSAN SUMBER
PENGENALAN
Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu
aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu organisasi
berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturan juga tanggungjawab
serta tugas-tugas kakitangan (Mohd Zamzuri,2002). Pengurusan dalam aspek
pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur dan sempurna tanpa sebarang
gangguan. Sumber pula ialah satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan
bertujuan untuk membolehkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi
kepada tiga iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.
i.
Sumber primer
Sumber
primer bermaksud hasil kerja yang memberikan pengetahuan atau meningkatkan
kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas
kepada sumber sekunder atau tertier. Contoh sumber primer adalah tesis, jurnal
dan prosiding.
ii.
Sumber sekunder
Sumber
sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui
perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam
format bibliografi yang diterbitkan. Contoh sumber sekunder ialah ensiklopedia,
buku teks dan lain-lain.
iii.
Sumber tertier
Sumber
tertier juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah
diterima umum dari sumber-sumber primer.
Oleh itu, pengurusan sumber bermaksud
menyusun, merancang, mengarah dan mengawal sesuatu program yang melibatkan
sumber. Dalam tajuk ini, pengurusan dikaitkan dengan cara-cara menguruskan
pusat sumber sekolah melalui aspek merancang, mengelola, memimpin dan mengawal.
ISI PENTING
1. Peranan
pusat sumber sekolah
Pusat sumber
sekolah (PSS) merupakan aspek penting dalam sesebuah institusi pendidikan. PSS
ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau
pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan.
PSS berperanan untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau
bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan
bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak,
iaitu guru dan murid. PSS juga berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan
sumber dan dapat digunakan secara individi atau kumpulan. Oleh itu, bahan-bahan
akan lebih mudah dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah oleh semua
pihak.
2. Jenis-jenis
pengurusan sumber
Terdapat
beberapa komponen pengurusan sumber. Antaranya adalah pengurusan infrastruktur,
pengurusan sumber manusia, pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan pusat sumber. Pengurusan infrastruktur adalah dari segi pemantauan
dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah seperti pendawaian dan peralatan
elektrik, paip-paip gas dan lain-lain. Pengurusan sumber manusia penting bagi
memastikan kecekapan dan keberkesaan perkhidmatan. Sebagai contoh, setiap
kakitangan atau staff mempunyai peranan masing-masing bagi melancarkan sesebuah
organisasi. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran pula terdiri dari pengurusan
bilik darjah. Pengurusan yang baik dan sistematik dapat meningkatkan keupayaan
murid untuk belajar. Akhir sekali, pengurusan pusat sumber berfungsi sebagai
gedung ilmu. Ia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar dan guru.
3. Kepentingan
pengurusan
i.
Memastikan matlamat organisasi tercapai
ii.
Memastikan kelancaran perjalanan
keseluruhan sesebuah organisasi
iii.
Memastikan segala sumber iaitu semua faktor
pengeluaran di dalam organisasi digunakan secara berkesan.
iv.
Memastikan semua sumber (faktor
pengeluaran) di dalam organisasi dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan
teratur.
v.
Memastikan tiada pembaziran sumber (faktor
pegeluaran) dalam organisasi.
PENUTUP
Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa
pengurusan sumber terdiri daripada beberapa komponen. Pengurusan sumber yang
baik amat penting bagi memastikan organisasi PSS dapat berjalan dengan lancar. Hal
ini bagi memastikan keperluan pelajar dan warga sekolah sentiasa dipenuhi. Pengurusann
sumber yang sistematik akan menarik lebih ramai pelajar dan guru untuk melawat
pusat sumber sekolah. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan lebih lancar dengan bantuan perkhidmatan yang disediakan di Pusat
Sumber Sekolah.
RUJUKAN
https://www.scribd.com/doc/152918274/definisi-sumber
https://www.scribd.com/doc/116984090/Peranan-Pusat-Sumber-Dalam-Proses-p
https://www.scribd.com/document/322282156/Definisi-Dan-Kepentingan-Pengurusan
https://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-dan-kepentingan-pusat-sumber-sekolah/
http://www.skmergong.edu.my/index.php/pusat-sumber
PAUTAN BLOG AHLI KUMPULAN 2
NURAIN KHADIJAH BINTI MOHAMAD SHAH
NUR NADIAH SYAHIRAH BINTI SHAHRAN

Comments
Post a Comment